Friday, June 19, 2015

Ramadhan 2015



Salam ramadhan daripada miros untuk staff dan stakeholders muslimin dan muslimat..

Ucapan salam dah diberi, namun kegagalan pejabat memuaskan hati staff adalah paling di nampak sepanjang sebulan berpuasa.

Ialah, manakan tidak, pada tahun ini, Pengurusan tidak meluluskan balik awal 30 minit seperti tahun2 lepas. Pada tahun inilah baru lah nak ikut sgt pekeliling kerajaan walaupon pada hemahnya, kami ini hanya badan berkanun. Namun kami tempuhi juga kerana penjawat awam adalah saya yang menurut perintah, selamanya..

Selamanya, selamanya, selamanya harimau malaya.. namun kalah jua memalukan!.

Maka berkejaranlah bagi yg rumah dekat berkejaran nak amek anak sbb taska tutop 1 jam awal.. bagi yang rumah jauh berkejaran di dalam jem nak menempuh baki hari yang memenatkan sambil beristighfar bersabar sambil merenung2 jam di dashboard.

Inilah ujian apabila bos adalah bukan dari kalangan kami yang berpuasa.

Tabahlah rakan2 sekerjeku.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails