Tuesday, May 19, 2015

Memperakukan perjanjian sewa rumah

Matikan stem hasil untuk perjanjian sewa rumah kat LHDN Hentian Kajang tingkat 3.. Senang dan kejap jek!


Langkah pertama:

dapatkan borang BUTIR2 SEWA kat kaunter nombor giliran. isikan dan serahkan ke kaunter untuk disemak dan dapat nombor giliran.




Langkah kedua:

tunggu 1-2 minit, nombor akan dipanggil oleh kaunter urusan. Perjanjian sewa rumah disemak dan dinyatakan harga yang perlu dibayar untuk stemped! Akak kaunter pegang dlu perjanjian sewa rumah kita. Kita tunggu untuk dipanggil kat kaunter pembayaran


Langkah ketiga:

Duduk 2 minit, kaunter bayaran pulak panggil, bayo lah seperti yang dah dibagitau oleh akak kaunter urusan tadik. Tunggu lagik kejap.

Langkah keempat:

Tak sampai 1 minit Abang hensem kat kaunter 8 tu akan panggil nombor kita dan kita collect jek la perjanjian sewa rumah yang telah di cop HASIL. TAMAT. Cuma 8 minit je berurusan.. Salute a LHDN!


Cop stemped camni jek..dah takde dah fizikal stem yang beli kat pos opis sume tu..




Pastu sebagai mak mak, kita nampak ade tempat jual2 mainan sblh lift time nak balik.. kita pon singgah.. lalu kita carik mainan yang anak kita tgh syok main skang ni.. walaupon pada hakikatnya kita tau jek bila kita beli anak kita dah tak nak main dah.. hurm.. nnt sepah jek la kat rumah tapi kita sebagai mak mak tetap beli jugak.. ngeng!


Set bowling untuk nopal.. dan kat bawah ni kita tepek 1 gambau nopal dah besar nau nau.. untunglah ko nak..





posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails