Tuesday, May 19, 2015

Bertani: tanam pokok serai kat pasu

New hobi.. wah self declaration ke ape nih! 


Rentetan dari perlaksanaan GST, penyusutan ekonomi negara dan dasar penjimatan MIROS.. eh ade kaitan eh?.. maka saya telah terjebak dengan trending blogger zaman skang.. haha cakap jek la ko mmg mudah terpengaruh.. hoh!

Menanam 'aksesori' makanan di sekitar perumahan.. aksesori makanan sbb mende2 ni kita guna sikit2 jek utk hasilkan dish.. bukan la macam bahan utama seperti ayam atau sayur..

Aku mulakan ngan yang paling mudah la, tanam serai.. 

Serai kalau nak tanam kita kene beli dlu yg serai buat masak tu.. biasenye dalam 1 ikat ade 3 ruas serai.. 2 ruas buat masak, lagik 1 ruas tu rendam dalam air.. biarkan dalam 2 3 minggu nnt akan tumbuh akar..tapik untuk keselamatan ahli keluarga, sila lah tukar2 air tu setiap 2 hari.. kang bernyamok plak jejentik..

Pastu bila serai dah berakar, kita paksa paksa dan paksa suami kita bawak kita g nursery yg jual pokok2... pasu beli kat nursery yg suami kita bawak lah, mintak yang dah rejek.. akan dapat 50% off.. pasu rejek tu bermaksod, pasu yg dah sumbing/retak sikit.. tapi masih teguh utk hold pokok.. kan tujuan nak bercucuk tanam jek kan bukan objektif nak indahkan perumahan.. maka pasu rejek adalah sudah mencukupi.. pasu yang aku beli besar ni harga asak RM 15 dapat RM 7 jek.. mintak kurang xleh dah :(

Sementara beli pasu, beli lah jugak tanah kompos.. mintak jek kat abg nursery tu tahu la die nak agak bnyk mana tanah diperlukan.. jgn lupa tanya banyak2 kat abg nursery kekadang depa rajin bagi tips2 berkebun.. suami saya memang rajinnn sgt bertanya.. lalu dapat bnyk ilmu bertanam..



Secara ringkas, Bahan2 diperlukan utk tanam serai dalam pasu:

1. 1 ruas serai direndam dalam air selama 2 minggu sehingga berakar akar
1a. paksaan dan rela secara paksa sang suami
2. pasu yang besar
3. tanah kompos
4. tanam ikot creativity encik suami.. haha


Ini lah pokok serai saya yg berusia seminggu dalam pasu



En Azhar kata, kalo tanam serai dalam pasu payah.. sbb kita kne trim dedaun serai yang menular melebihi pasu.. maka kne slalu trim la dan kne rajin la.. hoh.. tapik dalam dokumentari berkebun yang aku baca kat blog2 org yg serius dalam berkebun, katanya tanam serai ni dalam 5 bulan dah boleh tuai semua dan jual hasilnye.. heheh.. nak jual sgt lah kan.. tapi belom ape2 dah terbayang dah akan ade katak tumpang berteduh di rimbunan pokok serai saya.. seram nyeh nak tuai :o


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails