Jumaat, 29 Mei 2015

One day gembira the next day kecundang



Budak ini bergembira bermain ngan kasut mami.. konon2 nak g sekolah.. semangat lettuw nak g sekolah..



Dah start toilet training.. dh pandai cenceng di toilet.. setiap 30 minit masok toilet.. suke sgt.. ayah pon bangga ngan naufal.. kami ajar wekend lepas, x berjaya.. smlm taska ajar tros cepat pick up.. hebat taska izz mama..

Tapi malam tadi tros down with fever.. infection kat tekak again n again.. hurm.. ni takleh claim insurance ni.. haha..

Maka.. mami tak kerje pagi ni.. ptg nnt masok opis utk meeting je la.. ayah ganti lepas solat jumaat nnt.. haih dh demam gigil2 mcm x smp hati pula nk soh cenceng kt toilet..

Dilema mak mak

Khamis, 28 Mei 2015

Adidas puma off season sale kt warta bangi

Banner sport planet off season sale menyala2 kat sepanjang perjalanan balik dari opis sampailah ke rumah.. tak ke lama2 tgk terpengaruh jugak nak g jenguk walopon last year baru beli kasut macam2?



Kat website online takde plak hebahan.. terpaksa amek banner last year punye.. tapi x perasan sape organizer.. maybe sport planet jugak la kot.. huhu



G jengah ari ahad dengan Naufal berdua.. spot bnykkkkk kasut2 yg cun2 yg kaler pink hitam semua.. tapi naufal x cooperate.. sebok nak ajak g beli air milo.. sakit ati..

Susunan2 same jek la mcm tahun2 lps.. campo semua brand.. pastu segregated by size.. ok la sng carik..

Datang balik lepas balik kerje semalam lepas paksa pakwe saya.. semua pon nak kene paksa.. jahat sgt saya.. haha..

Kasut adidas tinggal sikit je yg kaler x semenggah semua.. yg nike dh xde dah.. yg banyak kasut Puma.. x minat.. so segala jenis kasut adidas aku kumpolkan atas lantai utk dipilih.. ade la dalam 7 pasang.. pastu dh buat proses sisih.. tinggal 3 utk dipilih..



All 3 are so cantik.. oren is so nice.. tapi sbb tujuan utama nak guna time g lab PC3 kat melaka.. maka kalau oren kene kutuk.. kalau itam x nmpk brand (hohiho).. maka pakwe soh amek the blue one.. ok la nice jugak nk bwk berlari

Tara.. mine!



Pastu suddenly ade org tu sebok nk carik kasut utk die g mengajar memandu.. ish ngengade.. mesti nk bersaing dlm membeli..



Maka dapat la beliau kasut oren tu.. kasut walking.. mengadekan..

Running shoe yg sblh lg tu pon kasut beliau.. baru lg.. xpakai lg.. tapi beli thn lps punye off season sale.. geram je saya.. beli x pakai.. hurm hurm..



Hurm ni kasut jalan2 jgk baru beli jugak.. brp bnyk kasut da.. kompius saya sape yg pompuan tah.. haha

Rabu, 20 Mei 2015

Bertani: tanam pokok kari dalam pasu

Penanam daun kari dibuat sebab konon2 bisness kerepek ketam dah takmo beli daun kari.. tapi daun karini pon nak hidop membesor lambat le lagik..

beli anak pokok daun kari rm 8
beli pasu rejek RM 7 jugak
beli tanah kompos

tanam.. tanam.. tanam..

tunggu jek la bile die nak membesar..




posted from Bloggeroid

Selasa, 19 Mei 2015

Memperakukan perjanjian sewa rumah

Matikan stem hasil untuk perjanjian sewa rumah kat LHDN Hentian Kajang tingkat 3.. Senang dan kejap jek!


Langkah pertama:

dapatkan borang BUTIR2 SEWA kat kaunter nombor giliran. isikan dan serahkan ke kaunter untuk disemak dan dapat nombor giliran.




Langkah kedua:

tunggu 1-2 minit, nombor akan dipanggil oleh kaunter urusan. Perjanjian sewa rumah disemak dan dinyatakan harga yang perlu dibayar untuk stemped! Akak kaunter pegang dlu perjanjian sewa rumah kita. Kita tunggu untuk dipanggil kat kaunter pembayaran


Langkah ketiga:

Duduk 2 minit, kaunter bayaran pulak panggil, bayo lah seperti yang dah dibagitau oleh akak kaunter urusan tadik. Tunggu lagik kejap.

Langkah keempat:

Tak sampai 1 minit Abang hensem kat kaunter 8 tu akan panggil nombor kita dan kita collect jek la perjanjian sewa rumah yang telah di cop HASIL. TAMAT. Cuma 8 minit je berurusan.. Salute a LHDN!


Cop stemped camni jek..dah takde dah fizikal stem yang beli kat pos opis sume tu..




Pastu sebagai mak mak, kita nampak ade tempat jual2 mainan sblh lift time nak balik.. kita pon singgah.. lalu kita carik mainan yang anak kita tgh syok main skang ni.. walaupon pada hakikatnya kita tau jek bila kita beli anak kita dah tak nak main dah.. hurm.. nnt sepah jek la kat rumah tapi kita sebagai mak mak tetap beli jugak.. ngeng!


Set bowling untuk nopal.. dan kat bawah ni kita tepek 1 gambau nopal dah besar nau nau.. untunglah ko nak..





posted from Bloggeroid

Bertani: tanam pokok serai kat pasu

New hobi.. wah self declaration ke ape nih! 


Rentetan dari perlaksanaan GST, penyusutan ekonomi negara dan dasar penjimatan MIROS.. eh ade kaitan eh?.. maka saya telah terjebak dengan trending blogger zaman skang.. haha cakap jek la ko mmg mudah terpengaruh.. hoh!

Menanam 'aksesori' makanan di sekitar perumahan.. aksesori makanan sbb mende2 ni kita guna sikit2 jek utk hasilkan dish.. bukan la macam bahan utama seperti ayam atau sayur..

Aku mulakan ngan yang paling mudah la, tanam serai.. 

Serai kalau nak tanam kita kene beli dlu yg serai buat masak tu.. biasenye dalam 1 ikat ade 3 ruas serai.. 2 ruas buat masak, lagik 1 ruas tu rendam dalam air.. biarkan dalam 2 3 minggu nnt akan tumbuh akar..tapik untuk keselamatan ahli keluarga, sila lah tukar2 air tu setiap 2 hari.. kang bernyamok plak jejentik..

Pastu bila serai dah berakar, kita paksa paksa dan paksa suami kita bawak kita g nursery yg jual pokok2... pasu beli kat nursery yg suami kita bawak lah, mintak yang dah rejek.. akan dapat 50% off.. pasu rejek tu bermaksod, pasu yg dah sumbing/retak sikit.. tapi masih teguh utk hold pokok.. kan tujuan nak bercucuk tanam jek kan bukan objektif nak indahkan perumahan.. maka pasu rejek adalah sudah mencukupi.. pasu yang aku beli besar ni harga asak RM 15 dapat RM 7 jek.. mintak kurang xleh dah :(

Sementara beli pasu, beli lah jugak tanah kompos.. mintak jek kat abg nursery tu tahu la die nak agak bnyk mana tanah diperlukan.. jgn lupa tanya banyak2 kat abg nursery kekadang depa rajin bagi tips2 berkebun.. suami saya memang rajinnn sgt bertanya.. lalu dapat bnyk ilmu bertanam..



Secara ringkas, Bahan2 diperlukan utk tanam serai dalam pasu:

1. 1 ruas serai direndam dalam air selama 2 minggu sehingga berakar akar
1a. paksaan dan rela secara paksa sang suami
2. pasu yang besar
3. tanah kompos
4. tanam ikot creativity encik suami.. haha


Ini lah pokok serai saya yg berusia seminggu dalam pasu



En Azhar kata, kalo tanam serai dalam pasu payah.. sbb kita kne trim dedaun serai yang menular melebihi pasu.. maka kne slalu trim la dan kne rajin la.. hoh.. tapik dalam dokumentari berkebun yang aku baca kat blog2 org yg serius dalam berkebun, katanya tanam serai ni dalam 5 bulan dah boleh tuai semua dan jual hasilnye.. heheh.. nak jual sgt lah kan.. tapi belom ape2 dah terbayang dah akan ade katak tumpang berteduh di rimbunan pokok serai saya.. seram nyeh nak tuai :o


posted from Bloggeroid

Rabu, 6 Mei 2015

Peralatan sukan yang dikecualikan cukai pendapatan

Terhad kepada RM 300 boleh diselamatkan dari pembayaran cukai pendapatan dengan cara menyimpan resit pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997.

Dalam Akta Pembangunan Sukan 1997, Jadual Pertama menggariskan kesemua aktiviti2 sukan yang membawa maksud sukan. So, mengikut pemahaman aku, kalau kita beli peralatan sukan untuk tujuan sukan2 yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta tu, maka kita selamat la RM 300 dari kene bagi kat LHDN.

Aktiviti yang berikut adalah dikira sebagai sukan bagi maksud Akta ini:
1. Memanah
2. Olahraga
3. Sukan Air
4. Sukan Bermotor
5. Badminton
5A. Besbol
6. Bola Keranjang
7. Biliard dan Snuker
8. Bina Badan
9. Boling
10. Tinju
10A. Kanu
11. Kriket
12. Lumba Basikal
13. Sukan Ekuestrian
14. Lawan Pedang
14A. Kecergasan
15. Bola Sepak
16. Golf
17. Gimnastik
18. Bola Baling
19. Hoki
19A. Meluncur Ais
20. Judo
20A. Kabbadi
21. Karate Do
22. Boling Padang
22A. Seni Mempertahankan Diri
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 576
23. Bola Jaring
23A. Paralimpik
23B. Petanque
23C. Rekreasi
23D. Berdayung
24. Ragbi
25. Sepak Takraw
26. Menembak
26A. Silambam
27. Silat Olahraga
28. Tenis Ringan
29. Sofbol
30. Skuasy
31. Pingpong
32. Tae kwan do
33. Tenis
33A. Sukan Tradisional
34. Bola Tampar
35. Luncur Air
36. Angkat Berat
37. Gusti
38. Wushu
39. Kapal Layar

Untuk tahun 2014, aku boleh lupa plak aku beli basikal hijau kesayangan.. ngokngek btol.. tapi untuk tahun depan, aku dah ade aim dah nak claim ape.. hehehehhehe..


Related Posts with Thumbnails