Monday, October 20, 2014

Cerpen: lututku lutut besi

Terpempan aku seketika. Duniaku tiba-tiba kabur. Kakiku terasa lemah dan aku rebah di atas karpet hijau rumput buatan ini.

Sebentar tadi aku begitu taksub mengejar bola, berlari ke arah gol lawan untuk menyerang dan kembali berlari ke gawang gol sendiri untuk mempertahankan kedudukan kami 3-0 di saat itu. Dalam ketaksuban itu, aku terlalai. Aku terlupa yang hakikatnya perlawanan ini hanyalah perlawanan persahabatan sebelum pasukan kami memulakan perlawanan sepak mula pada minggu hadapan.  Dalam kerasukan aku mengejar bola dan menghadang pasukan lawan, kakiku telah tersadung, lututku disepak pasukan lawan.

Aku terbaring. Aku berasa amat sakit dibahagian tulang kering. Tetapi lututku lebih sakit lagi.

Perlawanan terhenti seketika. Paramedik dipanggil masuk. Bergegas mereka berlari mendapatkanku. Beg ais diletakkan di atas lututku tetapi aku tidak merasa apa-apa. Sayup-sayup kedengaran namaku dipanggil, tetapi aku tidak mampu menjawab. Aku begitu lemah. Aku hanya ingin tidur. Lena.

BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails