Friday, November 4, 2011

tips jage ati pasangan..

just nak simpan buat panduan sayeh. copy paste dr blog kak linda.. sbb sye tak suke bace buku.. kak linda dah bgik summary.. saye simpan saje di blog ni spy senang nak rujuk nnt.. TQ kak linda jasa mu dikenang smp bile2 sbb berkongsi ilmu.. TQ TQ..

walopon dah nak masok 3 tawon kawen.. saye tetap sering selalu bwat salah yg kekadang menyinggung hati somi saye.. saye mintaak maaf banyak-banyak kat encik ijad.. 'bianne beby oppa.. saranghe..' (hiks tetibe feeling korea plak..)



Tip jaga hati suami
  • Puji dia selalu. 
  • Bila dia bercakap, dengar dan diam.
  • Jangan dilawan tetapi boleh beri pendapat yang tidak menyinggung.
  • Lepas sembahyang cium tangan dan minta ampun.
  • Selalu kata “ada apa-apa yang abang tak berkenan harini?” walaupun tahu semuanya ok.
  • Jangan merajuk kalau dia diam saja tau tidak puji anda sebab lelaki memang tak pandai tunjuk kasih sayang.
  • Ikut semua kata-katanya selagi tidak menyalahi agama.
  • Ringankan bebannya seperti bayarkan bil, hantar anak ke sekolah, hadir PIBG dan sebagainya.
  • Hadiahkan sesuatu.
  • Hantar sms berbentuk doa serta kepercayaan padu seminggu sekali.
  • Bergurau selalu.
  • Pastikan anda wangi.
  • Kalau suami pernah buat salah jangan ungkit.
  • Kalau dia menggatal jangan mudah mengamuk selagi belum terbukti.
Tip jaga hati isteri
  • Wanita seronok dipuji. Maka, puji la selalu tentang apa-apa saja; masakannya, pakaiannya, wajahnya, perilakunya dan sebagainya.
  • Hadiahkan sesuatu yang sangat-sangat diingini.
  • Bantu dia didapur.
  • Jangan cerita pasal bekas teman wanita atau bekas isteri padanya.
  • Jangan puji wanita lain di hadapannya, tapi boleh sekadar contoh untuk diteladani.
  • Sesekali hantar mesej-mesej cinta padanya.
  • Elok la jangan ada skandal.
  • Kalau boleh tak usah berpoligami kecuali isteri setuju.
  • Peluk isteri sekadar 5 saat sebelum pergi kerja dan berikan kucupan di dahi atau pipinya. Bersalaman pun memadai.
  • Berdoa dengan kuat bahawa anda impikan isteri yang solehah dan anda pun mahu jadi soleh.
Kak linda buat rumusan berdasarkan buku MEMBINA JIWA SERASI dr Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj 

2 comments:

Related Posts with Thumbnails