Monday, November 17, 2014

Abg long nopal

My boy is a big boy now.. 2 years..

Dapat fully bfeed selama 1.5 years pastu campoq susu ngan suffy goat milk..

Sejak umo 1 tahun 10 bln dh slow2 bagitau die lagik 2 bln tak leh minum susu mummy dah.. kne minum susu botol.. banyak2 kali ulang.. bnyk2 kali sebut time die nak susu.. banyak2 kali cakap baik2 ngan die..

Dan skang.. tepat 2 thun seminggu.. dah blh tido dengan susu botol jek.. kekadag tido dgn air masak minum dlm botol susu.. alhamdulillah.. gembira dapat anak bijak macam naufal..

Misi seterusnya.. asingkan tilam ngan mummy ayah.. skrg pon dh asing tapik mummy still kne bangun tido sblh time die merengek tgh malam.. time tgh malam tu blom bejaya lagik bg botol sepenohnya.. mummy yg lambat kot nak siapkan susu.. huhu

Ni majlis sambotan bedday nopal part 2.. tema merah.. tema spiderman jugak laa.. sambut kat umah akak ijad pulak..













posted from Bloggeroid

Saturday, November 15, 2014

Naufal's birthday celebration: 2y part 1

Huhu.. sambut birthday naufal yang tak di rancang... kami plan nak sambut bedday naufal esok kat umah akk ipar saya.. tapik bila balik kerja tadi, amek naufal, rase mcm tak sampai ati takde acara potong kek pada hari kelahiran beliau.. ingatkan saya sorang jek yg rase camtu, ayah die yang masih belum abes keje pon call tanya nak makan ape, nak beli kek, dan mcm2 lagik.. haha.. tros terjadiknya sambutan harijadi di malam hari.. alang2 dh masak dan beli kek sebijik, kami pon invite je angah saya datang memeriahkan majlis.. hehehe

Part 1: memang sempoi je la kan sume last minit.. kek kings, nasik goreng ngan kfc bucket jek.. haa sempoi.. abg ipar pon ada buat kek marbel.. selesa memenuhkan ruang makanan dan ruang perot.. hahahaks.. tema merah biru spiderman..






gambar yang berseni.. encik hensem saya.. ahhahaha

dan kat bawah ni suasana meriah yang tercipta.. abaikan la props yang berteraburan sana sini tuh.. haha were not supposed to be in the pitcha..







acara suap-suapan kek bedday yang simple..





kegembiraan sgt naufal, abang adif ngan kakak aleya datang umah.. mmg berkejaran, menjerit2 tak berhenti la depa.. mmg kecoh.. time tdo pkol 10 pon selamba jek berlari2 berpeloh2.. seminit jek abg ngan kakak balik, tros melepet kepenatan smp tertido.. hahaha.. drama sgt!



Alhamdulillah, birthday boy semakin bijak.. semakin panjang akal.. dah pandai cakap.. dah pandai baca doa makan.. abc dah tahu.. 123 dah tahu..alif ba ta pon dah tahu.. tahu tak semestinya hafal.. tahu tak semestinya kenal.. cuma tahu je.. ikot2 boleh la.. pelat2 jugak lagi..

mummy dan ayah sentiasa doakan naufal jadik anak yg soleh, sentiasa ingin belajar, dapat menilai positif negatif, murah rezeki, terang hati.. disenangi orang sekeliling, hormat orang tua muda sebaya..

we love you to the moon and back.. dan cecepat dapat adik.. aminnnnn...
posted from Bloggeroid

Friday, November 14, 2014

Birthday Giveaway Closed!!!



Salam kawan2.. saya dh closed giveaway ni.. ada about 40 penyertaan yang akan di evaluate oleh juri awam.. hahaks..

Pemenang akan diumumkan minggu hadapan insyaAllah..

Hadiah hadiah yang bakal dimenangi oleh 3 orang blogger bertuah akan diumumkan weekend ni lah ye... sabar.. sabar..


posted from Bloggeroid

Birthday Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim .. 

Salam, 

Memandangkan bulan ni birthday ayah Naufal dan bulan depan birthday Naufal, SO mummy Naufal nak wat  birthday giveaway lah konon2.. (neves ni 1st time wat giveaway.. ade sambutan ke tak entah)



Rules and Regulation:
1) Tajuk Entry mestilah BIRTHDAY GIVEAWAY BY LITTLE-SMALLER

2) FOLLOW Blog Litte-smaller  DAN  FOLLOW instagram thepilothijab

3) Letakkan gambar Birthday Celebration 
    (Tak kisah birthday sesiapa pun janji ceria)
     Gambar yang paling menarik dan UNIK akan di pilih sebagai pemenang..

3) Letakkan LINK pasal GA ni kat Entry tersebut

4) Sila copy-paste kan link entry kamu kat bahagian komen kat bawah ni ye untuk juri awam review nanti.. (juri awam lah sgt..hoho)

5) Tarikh Tutup adalah pada : 14.11.2014 

6) Hadiah? Tunggu!!hehee..

7) 3 ORANG pemenang akan dipilih!


All the best bagi yang nak menjoinkan diri.. TQ :)

NOTE: sila postkan link ENTRY Giveaway jek kat linky widget kat bawah ni ye.. yang letak link belog pastu I tak dapat trace mana entry Giveaway tak dikira didalam penilaian.. TQ